Khamis, 14 Mac 2013

sAhAbAt

Semua org mesti ada sahabat, ni pada pendapat diri sendiri lah kan. bukan apa, bila ada sahabat sekurang2nya ada tempat nak luahkan, kongsi masalah atau tempat bercerita. Jangan jadi macam saya, saya tak pernah ada sahabat atau teman rapat. bila ada masalah semuanya saya simpan sendiri. nangis sendiri. dengan keluarga pun saya tak bercerita. diam je. tak pernahlah timbul rasa menyesal cuma yang ada rasa sunyi. sepi. bukan setakat perkara sedih je yang perlu dikongsi, tapi perkara gembira juga. biar sama2 kongsi rasa bahagia. rasanye ramai kat luar sana pun tak ada sahabat, menda ni terjadi bukan kerana apa, tapi faktor persekitaran dan budaya kehidupan. zaman sekarang ni hidup lebih kepada hal masing2. sebab tu susah nak cari sahabat. yang ramai cuma kawan2 biasa untuk kongsi perkara2 tertentu sahaja. so kalau betul kita ada sahabat, jaga hatinya dengar luahannya. sampai masa nanti dia juga akan sudi menyediakan bahu untuk kite menangis.

post signature

Tiada ulasan:

Catat Ulasan